Tuesday, 15 September 2015

RUJUKAN

- Buku PENGAJIAN MALAYSIA (semester 1)

- Wikipedia pejajahan jepun

- http://cikgusejarahbagus.blogspot.my/2012/11/bab-1-pendudukan-jepun-di-negara-kita.html

- Youtube

-

KESIMPULAN

Adalah teramat penting bagi golongan muda untuk memahami serta mendalami tentang kewujudan kerajaan-kerajaan Tanah Melayu suatu ketika dulu agar dapat melahirkan semangat serta kesedaran yang tinggi dalam  dalam jiwa serta sanubari. Dengan pemahaman ini,maka dapatlah generasi kemudiannya menghayati dan menghargai sejarah negara dan seterusnya mengukuhkan jati diri serta cinta terhadap tanah air. Namun begitu, kekayaan ekonomi serta kemajuan dan ketertinggian tamadun adalah antara faktor yang mempengaruhi kuasa asing untuk menjelajah dan menduduki negara ini.Walaupun pendudukan  kuasa asing merupakan suatu pengalaman pahit dalam sejarah negara, namun kesan pendudukan tersebut jugalah yang telah membuka ruang kepada negara dan rakyat ke arah pembentukan dan pengukuhan negara dari segi politik ,ekonomi serta sosial. Fenomena ini juga yang menjadikan tamadun Malaysia  hari ini padat dengan gabungan.asimilasi dan sankritisme berbagai-bagai budaya Malaysia yang unggul.

PENGAJARAN

1. Penjajahan memberi banayak kesan negatif kepada sesebuah bangsa negara.
2. Martabat itu penting untuk menjaga sesuatu bangsa.
3. Ilmu itu penting untuk menjaga keamanan negara dan kesejahteraan sesebuah negara yg harmoni
4. Perpaduan antara rakyat adalah penting untuk sesebuah negara.
5. Semangat nasionalisme adalah amat penting kepada setiap individu dalam sesebuah negara supaya negara itu tidak terjajah.

VIDEO











KESAN PENDUDUKAN JEPUN

KESAN PENJAJAHAN JEPUN

Pendudukan jepun telah memberikan banyak kesan positif dan juga negatif kepada Negara kita. Dari segi Ekonomi, Social dan juga Politik.

                                                                             

                           
                                 






KESAN SOSIAL

- Penindasan terhadap orang cina. Hal ini kerana pada waktu itu, Jepun sedang bermusuhan dengan Negara China. Lebih-lebih lagi pada waktu itu, masyarakat cina di Negara kita masih lagi berhubungan dengan Negara China.

- Ramai pemuda Negara kita terpaksa menjadi paksa buruh untuk membina Landasan kereta api Maut yang menghubungankan negara Thailand dan Burma.
Ramai dari kalangan pekerja telah mati akibat serangan penyakit dan kebuluran.

- Negara mengalami masalah kekurangan beras ekoran sistem perdagangan antarabangsa  yang kacau bilau, kekurangan sumber beras menyebabkan masyarakatan tanah melayu bergantung pada sumber makanan yang lain iaitu ubi kayu.

- Pendudukjuga menghadapi masalah kesihatan. Hal in kerana, kurang bekalan kesihatan dan juga makanan yg berzat.

KESAN EKONOMI


  





- Tanah melayu menghadapi Kemerosotan ekonomi peringkat individu dan juga keluarga Harta benda terpaksa dibelanjakan untuk memperoleh makanan dan keperluan

- Perusahaan bijih timah dan getah yg pesat sebelum ini merosot dan hampir terhenti ekoran daripada kerosakan dan kemusnahan yg berlaku pada lombong, ladang dan kilang. Kerosakan ini disebabkan serangan jepun untuk menakluki Tanah Melayu.

- Banyak barang keperluan utama tidak dapat diperolehi seperti tekstil dan ubat-ubatan. Hal ini menyebabkan barang barang menjadi mahal dan tidak mampu dimiliki oleh orang ramai.

- Nilai mata wang turut jatuh dengan pesat dan teruk. Mata Wang (daun pisang) yang diperkenalkan oleh jepun pada waktu itu adalah tidak ternilai kerana percetakan yang tidak terkawal.

KESAN POLITIK

- Pendudukan jepun juga memberi kesedaran politik kepada masyarakat tempatan untuk mencapai kemerdekaan. Hal ini kerana, jepun menggunakan propaganda ‘Asia umtuk orang Asia’

- Orang melayu mendapat banyak pegalaman dalam bidang pentadbiran. Oleh itu, mereka berkeyakinan Mentadbir Negara sendiri.

- Masyarakat tempatan juga mendapat kesedaran tentang kelemahan orang british. Kekuatan british selama ini telah tercabar apabila dikalahkan oleh sebuah kuasa Asia.

- Pendudukan jepun telah melahirkan semangat nasionalisme dalam kalangan masyarakat tempatan. Kaum cina juga giat menyertai politik iaitu (PKM) kerana parti ini jelas menentang jepun.




video : https://youtu.be/PFsHF76SEN8

PENTADBIRAN JEPUN

CARTA ORGANISASI JEPUN

                                         





Jepun memerintah tanah melayu Bercirikan Sisitem ketenteraan :

- Memulihkan keadaan awam
 Jepun ingin memulihkan keadaan masayarakat tempatan yang didakwanya sebelum huru-hara atau tidak aman ekoran penentangan terhadap kuasa barat. Mereka inginkan pemerintahan ‘Asia untuk Orang Asia’

- Memonopolikan sumber ekonomi di Tanah Melayu
 Jepun ingin menggunakan hasil ekonomi untuk membantu masalah ekonomi yg melanda di Negara jepun pada waktu itu. Menanggung pembiayaan tenteranya di tanah melayu dan jajahan lain.

Antara corak pentadbiran ketenteraan jepun di tanah melayu adalah seperti yang Berikut:

1. Pentadbiran tanah melayu yang dikenali sebagai Malai Baru diketuai oleh Presiden atau Guseikan yang Bertanggungjawab kepada ketua agung  tentera, kawansan ketujuh singapura.

2. Setiap negeri pula diketuai oleh seorang Gabenor Jepun atau Syuchokan yg dibantu oleh Majlis Wilayah yang bertujuan mengantikan    mjalis mesyuarat negeri. Sebilangan kecil majlis ini dianggotai oleh orang melayu dan sebilangan besar dianggotai oleh tentera british.

3. Singapura yang dikenali sebagai Syonan bersama dengan Malai Baru dan Sumatera.

4. Negeri-negeri Melayu utara yg terdiri dari Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah telah diserahkan kepada Thailand pada bulan ogos 1943.        



             video :   
https://youtu.be/dlRWlftn3bs

PEJAJAHAN JEPUN




                                         

@ Sejak tahun 1932, golongan tentera telah pun menguasai politik Negara jepun. Pada tahun 1937 pula, golongan tentera ini telah mula menyerang Negara China jepun telah bersekutu dengan jerman dan itali dalam perang Dunia Kedua untuk menentang Kuasa Berikat yg dianggotai British dan Amerika Syarikat.

@ Pada 8 Disember 1941, Jepun telah menyerang Tanah Melayu. Seluruh Tanah Melayu dan Singapura Telah jatuh ke tangan Jepun menjelang pertengahan februari 1942
.
                                                                                                                                          
jepun.jpg            


faktor kejayaan jepun :

@ Pihak British kurang bersedia Mereka Menyangka bahawa jepun akan memulakan serangan dari arah selatan (singapura) disebabkan pusat pentadbiran british Terletak disitu. Sebaliknya, pihak british memulakan serangan dari arah utara iaitu Kelantan dan mereka mula menakluki negeri – negeri melayu satu demi satu


                                                 

@ Disebabkan pertahanan laut british agak lemah, terutamanya selepas dua buah kapal perang mereka iaitu Repulse dan Prince of wales ditenggelamkan oleh tentera jepun pada 10 disember 1941 pihak jepun mengunakan itu sebagai jalan untuk menyerang mereka.

@ Pihak jepun telah pun membuat rancangan yg jelas sebelum melancarkan serangan terhadap british. Mereka telah mengintip semua maklumat ketenteraan british, tentang kubu british supaya memudahkan mereka untuk melancarkan serangan.

@ Tentera jepun cukup terlatih, berpengalaman , bersemangat tinggi dan mempunyai taktik serangan yg strategik.

@ Kelewatan bantuan tentera dari London dan india dan juga kekangan kewangan yg berlaku kepada pihak british kerana pada masa itu british baru saja mengakhiri perang Dunia Kedua.

PENGENALAN





Dari Kiri :

1.Amir Arman bin Mohamd Khalid
  16DKM15F1023

2. Muhamad Ezham bin Mohd Azmi
   16DKM15F1027

3.Luqman Hakim bin Mahmood Zuhdi
  16DKM15F1028

4. Abdul Rahman bin Shaik
    16DKM15F1010

5. Mohd Yusoff Warsa Mohamad Bin Abdullah
   16DKM15F1119

6. Mithiaraaj A/L sivanasvaran
    16DKM15F1115




                                                                       DKM 1A