Tuesday, 15 September 2015

KESAN PENJAJAHAN JEPUN

Pendudukan jepun telah memberikan banyak kesan positif dan juga negatif kepada Negara kita. Dari segi Ekonomi, Social dan juga Politik.

                                                                             

                           
                                 






KESAN SOSIAL

- Penindasan terhadap orang cina. Hal ini kerana pada waktu itu, Jepun sedang bermusuhan dengan Negara China. Lebih-lebih lagi pada waktu itu, masyarakat cina di Negara kita masih lagi berhubungan dengan Negara China.

- Ramai pemuda Negara kita terpaksa menjadi paksa buruh untuk membina Landasan kereta api Maut yang menghubungankan negara Thailand dan Burma.
Ramai dari kalangan pekerja telah mati akibat serangan penyakit dan kebuluran.

- Negara mengalami masalah kekurangan beras ekoran sistem perdagangan antarabangsa  yang kacau bilau, kekurangan sumber beras menyebabkan masyarakatan tanah melayu bergantung pada sumber makanan yang lain iaitu ubi kayu.

- Pendudukjuga menghadapi masalah kesihatan. Hal in kerana, kurang bekalan kesihatan dan juga makanan yg berzat.

KESAN EKONOMI


  





- Tanah melayu menghadapi Kemerosotan ekonomi peringkat individu dan juga keluarga Harta benda terpaksa dibelanjakan untuk memperoleh makanan dan keperluan

- Perusahaan bijih timah dan getah yg pesat sebelum ini merosot dan hampir terhenti ekoran daripada kerosakan dan kemusnahan yg berlaku pada lombong, ladang dan kilang. Kerosakan ini disebabkan serangan jepun untuk menakluki Tanah Melayu.

- Banyak barang keperluan utama tidak dapat diperolehi seperti tekstil dan ubat-ubatan. Hal ini menyebabkan barang barang menjadi mahal dan tidak mampu dimiliki oleh orang ramai.

- Nilai mata wang turut jatuh dengan pesat dan teruk. Mata Wang (daun pisang) yang diperkenalkan oleh jepun pada waktu itu adalah tidak ternilai kerana percetakan yang tidak terkawal.

KESAN POLITIK

- Pendudukan jepun juga memberi kesedaran politik kepada masyarakat tempatan untuk mencapai kemerdekaan. Hal ini kerana, jepun menggunakan propaganda ‘Asia umtuk orang Asia’

- Orang melayu mendapat banyak pegalaman dalam bidang pentadbiran. Oleh itu, mereka berkeyakinan Mentadbir Negara sendiri.

- Masyarakat tempatan juga mendapat kesedaran tentang kelemahan orang british. Kekuatan british selama ini telah tercabar apabila dikalahkan oleh sebuah kuasa Asia.

- Pendudukan jepun telah melahirkan semangat nasionalisme dalam kalangan masyarakat tempatan. Kaum cina juga giat menyertai politik iaitu (PKM) kerana parti ini jelas menentang jepun.




video : https://youtu.be/PFsHF76SEN8

No comments:

Post a Comment